Pengenalan Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia adalah prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard-standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang tempatan. Umumnya, hak asasi manusia ini difahami sebagai:
  • Hak asasi manusia adalah hak-hak yang tidak dapat dipisahkan di mana seseorang itu secara semulajadinya berhak terhadapnya hanya kerana dia adalah seorang manusia. Hak-hak asasi ini secara semulajadinya menjadi hak bagi setiap manusia tanpa mengira bangsa, lokasi, bahasa, agama, asal-usul etnik dan status-status lain.
  • Hak asasi manusia ini terpakai di merata-rata tempat, di setiap masa dalam erti kata bahawa ia adalah sejagat. Hak asasi manusia ini bersifat egalitarian atau saksama dalam erti kata bahawa ia adalah sama bagi setiap manusia. Seseorang itu dianggap sebagai memerlukan empati. Kedaulatan undang-undang memastikan bahawa seseorang itu mematuhi kewajipan untuk menghormati hak asasi manusia yang lain.
  • Hak asasi manusia ini dianggap sebagai hak yang tidak dapat dirampas dari seseorang pun kecuali apabila melibatkan beberapa proses berdasarkan kepada keadaan tertentu. Contoh hak asasi yang tergugat adalah seperti seseorang itu dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan, seksaan dan juga hukuman yang tidak adil.
Sila baca lanjut mengenai hak asasi manusia di sini.