Melindungi Hak Asasi Manusia

Istilah "hak asasi manusia" disebut sebanyak tujuh kali dalam Piagam Pengasasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadikan usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sebagai tujuan utama dan prinsip pemandu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada tahun 1948, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR) menetapkan prinsip yang membawa hak asasi manusia ke dalam undang-undang antarabangsa. Sejak itu, PBB berusaha bersungguh-sungguh dalam melindungi hak asasi manusia menerusi instrumen perundangan dan juga aktiviti yang berkaitan dengan hak asasi manusia di lapangan.

Bagaimanakah PBB mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia? Usaha ini dijalankan menerusi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia atau Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) dalam bahasa Inggeris.

Maklumat mengenai Pejabat OHCHR di Malaysia boleh diakses di laman Countries & Territories: Malaysia. Selain daripada itu, OHCHR mempunyai pejabat rantau di setiap benua seperti berikut:

  • Afrika, empat pejabat dan pusat serantau;
  • Amerika, Pejabat Perhubungan di New York; Pejabat Rantau Amerika Selatan di Santiago, Chile; Pejabat Rantau Amerika Tengah di Panama City, Panama;
  • Asia dan Pasifik, Pejabat Rantau Pasifik di Suva, Fiji; dan Pejabat Rantau Asia Tenggara di Bangkok, Thailand;
  • Eropah dan Asia Tengah, Pejabat Rantau untuk Eropah di Belgium; dan Pejabat Rantau di Bishkek, Kyrgyztan;
  • Timur Tengah, Pejabat Rantau untuk Timur Tengah dan Afrika Utara di Beirut, Lebanon; dan
  • Afrika Utara, Pejabat Rantau untuk Afrika Utara di Tunisia.  

Untuk maklumat lanjut, sila akses halaman Protect Human Rights dalam laman sesawang United Nations.