OHCHR

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia atau Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) adalah entiti utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkecimpung dalam bidang hak asasi manusia, dengan mandat khasnya iaitu mempromosi dan melindungi hak asasi manusia untuk semua orang.

OCHR mewakili komitmen dunia terhadap usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia serta kebebasan yang digariskan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Kedua-dua Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia dan Pejabat OHCHR mempunyai peranan khusus yang perlu dimainkan iaitu:

  • Mempromosi dan melindungi hak asasi manusia untuk semua yang mana mereka menyuarakan secara objektif mengenai isu pelanggaran hak asasi manusia dan membantu menambah baik lagi piawaian yang digunakan dalam menilai kemajuan hak asasi manusia di seluruh dunia;
  • Membantu memperkasa orang ramai yang mana aktiviti penyelidikan, pendidikan dan advokasi sokongan menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta libat urus dalam komuniti antarabangsa dan orang ramai dalam menanggapi isu hak asasi manusia. Hal ini bermaksud, beriubu-ribu orang di seluruh pelosok dunia telah diperkasa untuk menuntut hak-hak mereka sebagai seorang manusia;
  • Membantu kerajaan menerusi kehadiran mereka di lapangan di mana mereka membantu menghalang penganiayaan dan menyumbang kepada situasi yang lebih tenang serta mengelakkan konflik. Pemantauan dan analisis mereka memberikan ruang kepada pembuatan keputusan serta rancangan pembangunan. Selain itu, mereka menyediakan pemerkasaan keupayaan dan khidmat nasihat perundangan kepada ramai orang, menyokong usaha pembangunan dan penggubalan undang-undang serta dasar di seluruh dunia; dan
  • Menyuntik perspektif hak asasi manusia dalam semua program PBB yang mana mereka mengarusperdanakan hak asasi manusia dalam semua program PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan, kemajuan dan hak asasi manusia, iaitu tiga rukun dalam PBB ini saling berkait serta diperkasa secara bersama.
Mandat Hak Asasi Manusia PBB

OHCHR (Hak Asasi Manusia PBB) dimandatkan oleh Majlis Agung PBB bagi mempromosi dan melindungi semua hak asasi manusia pada tahap realisasi yang tinggi, untuk semua orang. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa serta triti perjanjian menjadi asas yang menegakkan hak-hak ini.

Hak Asasi Manusia PBB dicetuskan oleh Majlis Agung PBB pada tahun 1993 menerusi Resolusi 48/141 yang mencatatkan butiran lanjut mengenai mandat ini. Hak Asasi Manusia PBB dimandatkan untuk:

  • Mempromosi dan melindungi hak asasi manusia untuk semua
  • Mengesyorkan badan dalam sistem PBB bagi menambah baik usaha mempromosi dan melindungi semua hak asasi manusia
  • Mempromosi dan melindungi hak kepada perkembangan dan kemajuan
  • Menyediakan bantuan teknikal kepada negara anggota PBB bagi aktiviti hak asasi manusia
  • Menyusun dan mengkoordinasi pendidikan hak asasi manusia PBB serta program untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam
  • Aktif mengalihkan halangan bagi merealisasikan hak asasi manusia dan menghalang pelanggaran hak asasi manusia daripada terus berlaku
  • Menjalankan libat urus dialog dengan kerajaan di seluruh dunia bagi memelihara rasa hormat kepada hak asasi manusia
  • Mempertingkat kerjasama antarabangsa bagi mempromosi dan melindungi semua hak asasi manusia
  • Mengkoordinasi aktiviti promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh sistem PBB
  • Merasionalisasi, menyesuaikan, memperkukuh dan mengarusperdanakan jentera hak asasi manusia PBB.
Sejarah Mandat Hak Asasi Manusia PBB

Program Hak Asasi Manusia PBB bermula dengan satu bahagian kecil di Ibu Pejabat PBB pada tahun 1940an. Bahagian ini kemudian dipindahkan ke Geneva, Switzerland di mana ia dinaik taraf menjadi Pusat Hak Asasi Manusia pada tahun 1980an. Program Tindakan dan Perisytiharan Vienna yang diterima pakai di World Conference on Human Rights atau Persidangan Hak Asasi Manusia Sedunia (14-25 Jun 1993), memberikan syor yang konkrit bagi memperkukuh dan mengharmonikan kapasiti pemantauan hak asasi manusia PBB. Dokumen perjawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia oleh Majlis Agung PBB kemudian diserahkan pada 20 Disember 1993 (Resolusi A/RES/48/141).