Konsep ras atau kaum sebagai satu kategori manusia moden secara anatomi berkembang dengan pesatnya dalam sejarah benua Eropah dan benua Amerika. Perkataan kontemporari ras ini sendiri adalah perkataan moden. Namun, ia digunakan bagi makna, "negara atau kelompok etnik" antara abad ke-16 hingga abad ke-19 masihi.
Ras menerima makna modennya dalam bidang antropologi fizikal melalui bidang rasisme saintifik bermula pada abad ke-19 masihi. Kemunculan bidang genetik moden membawa kepada terpupusnya konsep ras manusia yang berbeza dari segi biologi. Pada tahun 2019, American Association of Biological Anthropolgists menyatakan bahawa, "Kepercayaan kepada 'ras' sebagai aspek semulajadi dalam biologi manusia dan struktur ketidakseimbangan (rasisme) yang muncul dari kepercayaan sedemikian, adalah merupakan elemen yang sangat merosak dalam pengalaman manusia pada hari ini dan pada masa lampau."
- Etimologi Ras
- Sejarah Awal Konsep Ras
- Awal Zaman Moden
- Antropologi Ras
- Kejatuhan Pengajian Ras Pasca 1930