Kesedaran

Kesedaran, secara ringkasnya merujuk kepada kesedaran mengenai kewujudan dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun, cirinya telah membawa kepada pelbagai analisis, penjelasan dan perdebatan antara ahli falsafah, agamawan, dan saintis.

Pendapat berbeza juga muncul mengenai apakah yang sepatutnya dikaji atau dianggap sebagai kesedaran. Dalam sesetengah penjelasan, kesedaran ini disamakan dengan akal pemikiran, dan pada masa yang lain pula, ia dikenali sebagai satu aspek bagi minda atau pemikiran. Pada zaman lampau, ia adalah "jiwa dalaman" seseorang, alam renungan, dari pemikiran persendirian, imaginasi dan kuasa membuat keputusan. Pada hari ini, kesedaran turut merangkumi kognitif, pengalaman, perasaan atau persepsi. Ia boleh jadi kesedaran, kesedaran atas kesedaran, atau kesedaran diri sama ada secara berterusan berubah-ubah atau tidak. Kepelbagaian jenis penyelidikan, sebutan dan spekulasi itu meningkatkan rasa ingin tahu mengenai sama ada soalan yang betul telah dikemukakan.

Contoh jenis-jenis penjelasan, definisi dan gambaran adalah perbezaan teperintah antara diri dan persekitaran, kesedaran ringkas, penjatian mengenai diri atau jiwa yang diterokai oleh "renungan dalaman", menjadi "aliran" metafora kepada kandungan atau kejadian keadaan mental, peristiwa mental atau proses mental yang berlaku dalam otak.

  • Etimologi
  • Masalah pada Definisi
  • Falsafah Minda
  • Kajian Saintifik
  • Aspek Perubatan
  • Di Luar Manusia Dewasa
  • Aliran Kesedaran
  • Pendekatan Spiritual
Senarai Perbincangan
Mohon ditambahkan perbincangannya di sini.