![]() |
| Gambar PBB oleh Mark Garten |
Istilah "hak asasi manusia" disebut sebanyak tujuh kali dalam Piagam penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadikan usaha memajukan dan perlindungan hak asasi manusia sebagai tujuan utama serta prinsip panduan Pertubuhan itu.
Pada tahun 1948, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia menetapkan prinsip yang membawa hak asasi manusia ke dalam bidang undang-undang antarabangsa. Sejak itu, Pertubuhan itu melindungi hak asasi manusia dengan tekunnya melalui instrumen undang-undang serta aktiviti di lapangan.
Jadi, bagaimanakah PBB mempromosi dan melindungi hak asasi manusia? PBB mempromosi dan melindungi hak asasi manusia melalui mekanisme yang berikut:
- Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia
- Majlis Hak Asasi Manusia
- Badan Perjanjian Hak Asasi Manusia
- Prosedur Khas
- Penasihat Khas bagi Pembantaian dan Tanggungjawab Melindungi
Rujukan mengenai kerja mempromosi dan melindungi hak asasi manusia oleh PBB ini boleh diakses di "Protect Human Rights".
Untuk makluman juga, gambar hiasan di atas merupakan gambar kanak-kanak dari masyarakat peribumi Emberá yang telah dipindahkan akibat konflik bersenjata di Colombia pada tahun 2006. Pemindahan paksa merupakan bencana berganda bagi komuniti peribumi yang mempunyai ikatan rapat dengan tanah. Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Masyarakat Peribumi menyatakan bahawa masyarakat peribumi berhak menikmati secara kolektif atau individu semua hak asasi manusia dan kebebasan asas sepenuhnya seperti yang diiktiraf dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia serta undang-undang antarabangsa.
