Nota Tambahan: Pergelutan dalam Kehidupan

Merujuk kepada ahli komuniti daripada golongan rentan termasuklah wanita, gadis muda, remaja dan orang daripada pelbagai jenis gender, dalam segala kepelbagaian mereka, daripada komuniti yang mundur, rentan dan dijenayahkan dari segi sejarah, terutamanya komuniti yang didiskriminasi oleh kerana kasta, kelas, pendapatan, orientasi seksual, identiti gender atau ungkapannya, suku kaum, atau status sosial seperti Dalit, Bahujan, Adivasi dan puak Orang Asli, puak Nomad dan puak yang Tidak Tercatat Kewujudan mereka, minoriti penganut sesuatu agama, golongan LGBTQIA+, dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain daripada itu, ia merujuk kepada wanita janda, wanita warga emas, dan gadis yang menghidapi HIV serta penyakit lain, wanita dan gadis yang terlibat dengan dadah, golongan transgender, pekerja seks, pekerja domestik, pekerja di sektor tidak rasmi, mangsa pemerdagangan orang, wanita di dalam institusi tertutup termasuklah penjara, wanita dan gadis di kawasan pedalaman, wanita dan gadis yang hidup dalam kemiskinan, orang tanpa kewarganegaraan, wanita dan gadis daripada kelompok migran, imigran, pelarian, dipaksa merantau, dan komuniti kehilangan tempat tinggal di dalam negara mereka sendiri.