Penilaian Peringkat Nasional

Penilaian setiap tiga puluh tahun sekali ini dilangsungkan seperti yang dimandatkan oleh Resolusi Majlis Ekonomi dan Sosial 2022/5.

Negara diseru supaya menjalani penilaian peringkat nasional yang komprehensif bagi kemajuan yang telah dicapai serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan Perisytiharan Beijing dan Platform Tindakan serta hasil daripada Sesi Khas ke-23 Majlis Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penilaian ini haruslah memasukkan sekali penaksiran cabaran semasa yang memberikan kesan kepada pelaksanaan Platform Tindakan, pencapaian kesaksamaan gender, pemerkasaan semua wanita dan gadis, serta sumbangannya terhadap realisasi penuh Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan melalui perspektif gender.

Kerajaan di seluruh dunia dinasihatkan supaya bekerjasama dengan pemegang taruh yang relevan di semua peringkat persediaan untuk penilaian 2025 bagi mendapatkan manfaat daripada pengalaman serta kepakaran masing-masing.

Laporan nasional haruslah meliputi kecenderungan, pencapaian, kelompongan yang masih lagi wujud dan cabaran serta pelan masa hadapan untuk memacu pelaksanaan di peringkat nasional.

Suruhanjaya peringkat serantau akan menggunakan laporan nasional dari negara anggotanya untuk menyediakan laporan sintesis serantau bagi tempoh sepanjang tahun 2024. Semua negara anggota diundang untuk menyempurnakan laporan nasional mereka menjelang 1 Jun 2024.

Laporan nasional akan dimuatkan ke dalam laporan sintesis global. Selanjutnya, ia akan diserahkan oleh UN-Women kepada Sesi ke-69 Suruhanjaya mengenai Status Wanita yang berlangsung dalam bulan Mac 2025.           

Di samping itu, UN-Women dan suruhanjaya serantau juga menyediakan nota panduan umum untuk membantu dalam; dan mempermudah cara proses penilaian peringkat nasional yang komprehensif. Penyerahan laporan nasional ini akan dijalankan secara atas talian (online). Seterusnya, laporan nasional akan dikongsikan dengan pegawai perhubungan di peringkat nasional dari negara anggota.