Bentuk Pemerintahan oleh Punca Kuasa

1. Autokrasi

Autokrasi adalah sejenis sistem pemerintahan di mana kuasa tertinggi dari segi sosial dan politik tertumpu di tangan seorang tokoh atau politi yang keputusannya itu tidak tertakluk sama ada kepada sekatan perundangan atau sebarang mekanisme kawalan terkenal yang disahkan kecuali semasa berlakunya ancaman tersirat dari coup d'etat atau pemberontakan besar-besaran. Monarki mutlak seperti di Saudi Arabia, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Brunei dan Eswatini serta diktator seperti di Korea Utara boleh dijadikan contoh kepada bentuk pemerintahan jenis ini pada zaman moden.

2. Demokrasi

Demokrasi bermaksud "pemerintahan oleh warganegara". Ia adalah sistem pemerintahan di mana warganegara menjalankan kuasa secara langsung atau memilih wakil dari dalam kalangan diri mereka sendiri bagi membentuk satu badan pemerintahan seperti Parlimen. Demokrasi kadang-kala dirujuk juga sebagai "pemerintahan oleh majoriti". Demokrasi ini adalah sistem memproses konflik dengan kesannya bergantung kepada apakah yang dibuat oleh pesertanya namun tiada sebarang kuasa yang mengawal segala yang berlaku serta kesannya. Hal ini termasuklah juga warganegara layak mengundi untuk pelbagai peringkat undang-undang dan pemimpin. Contoh negara dengan sistem pemerintahan begini adalah Perancis, Jerman, Nigeria, India, Indonesia dan Filipina.

3. Oligarki

Oligarki bermaksud "pemerintahan oleh kelompok kecil". Ia merupakan satu bentuk struktur kuasa di mana kuasa itu dipegang oleh hanya sebilangan orang sahaja. Orang yang memegang kuasa itu boleh jadi mempunyai keistimewaan latarbelakang seperti dari kelompok bangsawan, mewah, berhubungan keluarga, berpendidikan atau bersifat kawalan korporat, keagamaan atau agama. Negara sebegini selalunya dikuasai oleh kelompok keluarga yang selalunya mewariskan pengaruh mereka dari satu generasi ke satu generasi namun warisan ini tidak semestinya menjadi syarat bagi pemakaian istilah ini. Contoh negara yang menjalankan pemerintahan seperti ini adalah Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1994. Bacaan lanjut mengenai oligarki di sini.

4. Demarki

Demarki ini adalah satu jenis demokrasi di mana pemerintahan dalam negara yang diperintah melalui keputusan yang dipilih secara rawak dan inklusif dari segolongan besar warganegara yang layak. Kumpulan-kumpulan ini kadang-kala diistilah sebagai "juri dasar", "juri rakyat atau "persidangan sepersetujuan" yang mempertimbangkan keputusan bagi dasar awam dengan cara yang sama seperti dibuat oleh para juri yang menentukan keputusan bagi kes jenayah di Mahkamah. Secara teorinya, demarki boleh mengatasi beberapa masalah fungsian bagi demokrasi berperwakilan yang konvensional yang selalunya tertakluk kepada putar-belit oleh pihak yang berkepentingan peribadi dan pemisahan antara pembuat dasar profesional yang terdiri daripada ahli politik serta pelobi v. pengundi yang kebanyakannya pasif, tidak banyak penglibatan dalam pembuatan dasar dan selalunya tidak mempunyai pengetahuan langsung berkenaan proses pembuatan keputusan. Menurut ahli falsafah Australia, pemilihan pembuat dasar secara rawak boleh memudahkan rakyat seharian melibatkan diri dengan lebih bermakna dan menyukarkan pihak berkepentingan peribadi untuk mencemarkan proses. Selanjutnya lagi pemilihan pembuat keputusan secara rawak dari satu kumpulan besar ini dikenali sebagai sortition yang bermaksud cabutan (berasal dari bahasa Latin bermaksud loteri). Demokrasi di Athen banyak sekali menggunakan sortition dengan hampir kesemua jabatan kerajaan diisi oleh loteri (warganegara) berbanding dengan mereka yang dipilih dalam pilihanraya. Calon-calon dalam cabutan ini mestilah seorang lelaki, berbangsa Yunani, warganegara yang berpendidikan dan mempunyai kekayaan yang minima serta status dalam masyarakat. Contoh pemakaian bentuk pemerintahan seperti adalah di Athens zaman purba dan di Utara Itali serta Venice (abad ke-12 sehingga 18 masihi).

5. Demokrasi Terus

Sebagai salah satu kelainan demokrasi, pemerintahan yang mana warganegaranya mewakili diri sendiri dan mengundi terus untuk pembuatan rang undang-undang baru atau dasar awam. Contoh pemerintahan yang menggunapakai bentuk pemerintahan ini adalah Canton Glarus dan Canton Appenzell Innerrhoden di Switzerland.

6. Elektokrasi

Sebagai salah satu kelainan demokrasi, ia adalah satu bentuk demokrasi berperwakilan di mana warganegara boleh mengundi untuk mendapatkan kerajaan yang diingini namun mereka tidak boleh terlibat secara terus dalam pembuatan keputusan dalam pemerintahan dan pemerintah juga tidak berkongsi sebarang kuasa. Dalam keadaan ini, pemerintah seolah-olahnya hampir mempunyai kuasa mutlak. Contoh pemerintahan seperti ini adalah Kerajaan Thailand sebelum rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 dan Iraq.

7. Demokrasi Liberal

Sebagai salah satu kelainan demokrasi, ia adalah satu bentuk pemerintahan yang mana perwakilan demokrasi beroperasi di bawah prinsip liberalisme. Ia dicirikan oleh pilihanraya yang bebas, adil dan berdaya saing antara pelbagai parti politik, pemisahan kuasa kepada cawangan-cawangan pemerintahan, kedaulatan undang-undang dalam kehidupan seharian dalam masyarakat terbuka, perlindungan kepada hak asasi manusia dan kebebasan sivil bagi semua orang dalam negara tersebut.

Untuk mendefinisikan sistem dalam amalan ini, demokrasi liberal selalunya dilakarkan di dalam perlembagaan sama ada secara tertulis atau secara tidak berkanun. Perlembagaan menggariskan kuasa-kuasa pemerintah dan menyemadikan perjanjian sosial. Selepas tempoh pemanjangan penerimaan dalam abad ke-20 masihi, demokrasi menjadi sistem politik yang utama di seluruh dunia. Sesuatu demokrasi liberal itu boleh mengambil pelbagai rupa perlembagaan. Ia boleh menjadi satu republik seperti Perancis, Jerman, India, Ireland, Itali atau Amerika Syarikat. Ia boleh menjadi satu kerajaan monarki berperlembagaan seperti United Kingdom, Jepun dan Sepanyol. Ia boleh menjadi pemerintahan berpresiden seperti Colombia, Mexico, Brazil dan Amerika Syarikat. Ia boleh menjadi pemerintahan separa presiden seperti Perancis atau Portugal. Selain itu, ia juga boleh mengambil rupa sistem berparlimen dengan Perdana Menteri seperti Australia, Canada, Jerman, Ireland, India, Itali atau New Zealand.

8. Demokrasi Cairan

Merupakan salah satu daripada kepelbagaian demokrasi. Kerajan di mana orang ramai mewakili diri mereka sendiri atau memilih untuk menurunkan undian mereka kepada pengundi lain secara sementara bagi mengundi undang-undang baru atau dasar awam. Eksperimen bentuk pemerintahan seperti ini hampir kesemuanya dijalankan di peringkat tempatan atau secara eksklusif menerusi platform atas talian (online).

9. Demokrasi Berperwakilan

Merupakan salah satu daripada kepelbagaian demokrasi. Orang ramai atau warganegara dalam sesuatu negara itu memilih wakil untuk mencetuskan dan melaksanakan dasar awam. Wakil tersebut menjadi wakil bagi warganegara untuk terlibat secara aktif dalam proses pembuatan dasar awam atau rang undang-undang baru.Hampir semua negara demokrasi mengamalkan bentuk pemerintahan seperti ini.

10. Demokrasi Sosial

Demokrasi sosial menolak interpretasi fobiokratik atau polarisasi "sama dan atau" dalam kapitalisme v. sosialisme. Demokrasi sosial membahaskan bahawa semua warganegara berhak dari segi undang-undang untuk mendapat hak sosial yang tertentu. Hak sosial ini adalah hak untuk kemudahan awam seperti pendidikan, kesihatan, pampasan kepada pekerja, pengangkutan awam dan perkhidmatan lain termasuklah penjagaan kanak-kanak serta warga emas. Demokrasi sosial ini seringkali berhubung kait dengan pergerakan buruh dan kesatuan pedagang. Ia menyokong harapan hak pekerja secara kolektif terhadap pemerintah. Demokrasi sosial kontemporari menyokong kebebasan dari diskriminasi berdasarkan perbezaan seperti ketidakupayaan, umur, etnik, jantina, orientasi seksual, bahasa, bangsa, agama dan kelas sosial. Negara yang mengamalkan demokrasi sosial adalah seperti Jerman, Austria, Sweden, Norway, Sweden, Denmark, Finland dan Iceland.

11. Demokrasi Soviet

Warganegara diperintah oleh majlis yang dipilih secara terus. Majlis ini terlibat bertanggungjawab terhadap pemilih mereka dan terikat dengan arahan-arahan dari pemilih. Mandat imperatif sebegini berlawanan dengan mandat bebas yang mana delegasi terpilih hanya bertanggungjawab terhadap hati nurani mereka. Delegasi boleh dijatuhkan dari jawatan mereka atau diundi supaya keluar dari jawatan mereka pada bila-bila masa sahaja. Pada tahap tertentu, Empayar Russian dan Kesatuan Soviet Russia mengamalkan sistem ini.

12. Demokrasi Totalitarian

Satu bentuk elektokrasi dengan perwakilan yang dipilih secara sah. Ia memelihara integriti negara bangsa yang warganegaranya itu dalam pada mempunyai hak untuk mengundi namun mempunyai penglibatan yang kecil atau tiada penglibatan langsung dalam proses pembuatan keputusan oleh pemerintah. Contoh negara yang mengamalkan sistem begini adalah Republik Demokratik Jerman (1949 - 1990).