Bacaan Lanjut tentang Oligarki

Jenis-Jenis Oligarki

Oligarki adalah masyarakat yang dikuasai atau disusun oleh sekelompok orang yang mempunyai keistimewaan tanpa sebarang campur tangan dari kebanyakan bahagian masyarakat. Kumpulan kecil elit ini didefinisikan sebagai berkongsi ciri yang sama.

Kerajaan demokratik yang de jure dengan oligarki yang de facto diperintah oleh sekumpulan kecil orang yang terasing, berkuasa dan berpengaruh. Mereka selalunya berkongsi keperluan yang sama dan berhubungan keluarga. Orang-orang ini boleh menyebarkan kuasa dan memilih calon secara saksama atau secara tidak saksama. Oligarki ini berbeza dengan demokrasi sebenar kerana hanya sedikit sahaja orang yang diberikan peluang untuk mengubah sesuatu perkara. Oligarki tidak bersifat warisan atau tidak mempunyai monarki. Oligarki tidak mempunyai pemerintah yang jelas namun beberapa orang boleh menjadi pemerintah.

Sesetengah contoh oligarki dalam sejarah adalah seperti Republik Romawi. Hanya lelaki dari kelompok bangsawan sahaja dibenarkan memegang jawatan dan hanya lelaki yang kaya sahaja dibenarkan mengundi. Demokrasi Athens menggunakan pembahagian bagi memilih calon. Calon selalunya adalah lelaki, berbangsa Yunani, warganegara berpendidikan, mempunyai sedikit tanah, kemewahan dan status kedudukan dalam masyarakat. Sesetengah ulasan menyebut bahawa kapitalisme atau demokrasi berperwakilan di Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai bentuk oligarki.