Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek pembangunan negara yang luas. Ia merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang memberikan cabaran hebat kepada negara.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini, anda akan mampu:

  • menyatakan objektif Wawasan 2020
  • menjelaskan cabaran Wawasan 2020
  • menerangkan isu dan perspektif baru

Objektif Wawasan 2020

Terdapat lima objektif Wawasan 2020 iaitu:

  • Pembentukan negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang Wawasan 2020
  • Malaysia akan menjadi negara yang benar-benar maju, mampu berdikari, bersatu, progresif dan makmur
  • Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral dan berdaya tahan tinggi.
  • Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya yang tersendiri tanpa terikut corak negara maju yang ada pada ketika itu
  • Kemajuan yang dicita-citakan itu adalah kemajuan yang sempurna yang tidak diukur semata-mata dari segi lahiriah atau fizikal sahaja malah akan meliputi perwujudan satu masyarakat yang sempurna nilai moralnya dan beretika tinggi serta dicontohi oleh negara lain.

Cabaran kepada Wawasan 2020

  • Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat sama serupa yang dikongsi bersama.
  • Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan pencapaian sendiri dan gagah menghadapi pelbagai cabaran.
  • Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang berasaskan kepada demokrasi serta menjadi contoh kepada negara lain.
  • Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang tinggi.
  • Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, setiap kaum bebas mengamalkan adat dan kepercayaan agama masing-masing tetapi meletakkan kesetiaan kepada satu negara.
  • Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, berdaya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan serta menyumbang kepada saintifik dan teknologi masa depan.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem di mana kepentingan masyarakat lebih penting daripada kepentingan diri sendiri.
  • Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  • Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat dan kental.

Isu dan Perspektif Baru

Cabaran Wawasan 2020 telah membangkitkan isu utama seperti berikut:

Kemajuan Dasar Wawasan 2020

Malaysia telah mencapai kemajuan yang membanggakan. Objektif ini boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran. Terdapat cabaran yang mesti dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam menuju Wawasan 2020.

Dalam 18 tahun pertama Wawasan 2020 iaitu dari tahun 1991 sehingga 2008, kemajuan yang dicapai oleh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Asas ekonomi kekal kukuh.
  • Ekonomi beralih dari pertumbuhan berasaskan modal kepada yang lebih seimbang antara modal, buruh dan produktiviti faktor keseluruhan (TFP).
  • Struktur ekonomi terus berkembang berasaskan kepada pembuatan dan perkhidmatan.