Sejarah Sains Sosial

Sejarah sains sosial ini bermula pada Zaman Pencerahan di Eropah selepas tahun 1650 yang menyaksikan revolusi dalam falsafah semulajadi yang mana perubahan berlaku dalam rangka kerja asas mengenai cara seseorang individu itu memahami apakah yang dikatakan sebagai saintifik itu.

Sains sosial terbit dari falsafah moral pada ketika itu yang dipengaruhi oleh Zaman Revolusi seperti Revolusi Industri dan Revolusi Perancis. Pengajian sains sosial berkembang dari sains gunaan dan sains eksperimentasi atau dasar ilmu sistematik atau piun amalan perskriptif yang berkaitan dengan kemajuan sosial yang terkandung di dalamnya sekumpulan entiti yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Permulaan bidang sains sosial dalam abad ke-18 masihi ini dicerminkan dalam Ensiklopedia Besar Diderot, dengan rencana yang disumbangkan oleh Jean-Jacques Rousseau serta perintis lain. Pertumbuhan sains sosial ini juga dicatitkan dalam ensiklopedia khusus lain. Menurut sumber ensiklopedia, istilah "sains sosial" ini dirantaikan oleh Mrabeau dalam bahasa Perancis pada tahun 1767 sebelum ia menjadi satu bidang konseptual yang tersendiri dalam abad ke-19 masihi.

Sains sosial dipengaruhi oleh positivisme, menumpukan kepada ilmu yang berasaskan kepada pengalaman sebenar yang positif serta mengelakkan hal negatif. Dalam hal ini, spekulasi metafizikal sboleh-bolehnya dielakkan. Auguste Comte menggunakan istilah science sociale bagi menggambarkan bidang ini. Beliau menceduk idea dari Charles Fourier, Comte merujuk kepada bidang ini sebagai fizik sosial.

Berikutan zaman ini, sebanyak lima jalan perkembangan penyelidikan diterbitkan dalam sains sosial. Ia dipengaruhi oleh Comte dalam pelbagai bidang.

  • Jalan pertama yang diambil ialah penyelidikan sosial iaitu kaji selidik statistik besar di pelbagai bahagian di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
  • Jalan kedua pula dimulakan oleh Emile Durkheim, yang mengkaji "fakta sosial", dan Vilfredo Pareto, selanjutnya membuka idea metateori serta teori individu.
  • Jalan ketiga pula timbul dari pengenalpastian dan pemahaman fenomena sosial melalui metodologi dikotomi kini. Tahap ketiga ini dijuarai oleh tokoh seperti Max Weber.
  • Jalan keempat didasarkan kepada ekonomi yang mana ia memajukan lagi ilmu ekonomi sebagai salah satu ilmu sains keras.
  • Jalan kelima adalah perkaitan antara ilmu pengetahuan dengan nilai sosial. Sosiologi verstehen dan antipositivisme dengan tegasnya menekankan perbezaan dan perkaitan ini. Dalam jalan ini, teori, penjelasan dan pengesyoran menjadi perbincangan rasmi sesuatu subjek yang tidak bertindan antara satu sama lain.
Asas sains sosial di Barat menekankankan perkaitan bersyarat antara lingkungan pengetahuan progresif dan tradisional. Dalam sesetengah konteks seperti konteks Itali, sosiologi secara perlahan-lahan menjadi satu ilmu yang tersendiri di samping mengalami kesukaran untuk mengesahkan pengetahuan strategik yang melampaui batasan ilmu falsafah serta ilmu agama.

Menjelang permulaan abad ke-20 masihi, falsafah pencerahan pun dicabar di segenap penjuru. Selepas penggunaan teori klasik sejak berakhirnya revolusi saintifik, pelbagai bidang menggantikan pengajian matematik untuk penyelidikan yang bersifat eksperimentasi dan penelitian persamaan bagi membangunkan satu struktur teori. Perkembangan bidang-bidang ranting dalam sosial sains ini sangat kuantitatif dalam metodologi atau kaedahnya.

Bidang antara disiplin dan ciri inkuiri saintifik sains sosial yang merentasi disiplin yang mempersoal sikap manusia, faktor sosial dan persekitaran yang memberikan kesan kepadanya, menjadikan ramai dalam kalangan mereka yang bergiat dalam sains tulen turut berminat dalam beberapa aspek metodologi sains sosial. Contoh pertindihan ini termasuklah disiplin yang popular seperti perubatan, sosiobiologi, neuropsikologi, bioekonomi, sejarah dan sosiologi sains.

Kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif  juga semakin popular dijalinkan dalam penyelidikan tindakan manusia, implikasi serta kesannya. Dalam separuh awal abad ke-20 masihi, statistik pula menjadi disiplin pengajian yang bebas dalam matematik gunaan. Kaedah statistik pun masih lagi digunakan dengan penuh keyakinan.

Dalam zaman kontemporari, Karl Popper dan Talcott Parsons telah mempengaruhi perkembangan sains sosial. Penyelidik terus menjalankan penyelidikan untuk mencapai konsensus bersama mengenai apakah kaedah yang mempunyai kuasa dan bersih bagi menghubungkan "teori besar" dengan pelbagai teori tahap pertengahan yang, dengan kejayaan yang berpatutan, menyediakan rangka kerja yang boleh digunakan untuk simpanan data yang semakin membesar (rujuk juga consilience). Sains sosial pada masa akan datang yang terdekat boleh jadi menggabungkan pelbagai zon dalam satu penyelidikan dan kadang kala mempunyai perbezaan dalam pendekatan terhadap sesuatu bidang.

Istilah "sains sosial" boleh juga merujuk secara khusus kepada sains masyarakat yang diasaskan oleh pemikir seperti Comte, Durkheim, Marx dan Weber. Secara umumnya, ia juga merujuk kepada semua disiplin yang berada di luar "sains terpuji" dan kesenian. Menjelang abad ke-19 masihi, akademia sains sosial dibahagikan kepada lima bidang pula iaitu:

  • Jurisprudens dan pindaan undang-undang
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Ekonomi
  • Perdagangan
  • Seni
Menjelang abad ke-21 masihi, pelebaran penguasaan dalam bidang ekonomi menurut sains sosial dijelaskan juga sebagai imperialisme ekonomi.

Pembezaan selalunya juga dibuat antara bidang sains sosial dengan bidang kemanusiaan. Allan Bloom, seorang ahli klasik menulis dalam The Closing of the American Mind (1987) seperti berikut:

Sains sosial dan kemanusiaan mempunyai pertentangan antara satu sama lain yang mana sains sosial itu cenderung memandang kemanusiaan sebagai tidak saintifik. Sedangkan, kemanusiaan pula memandang sains sosial itu sebagai philistine [...] Perbezaan ini boleh dilihat pada hakikat bahawa sains sosial ingin dilihat sebagai boleh dijangka, maksudnya di sini seseorang itu boleh dijangka, sedangkan kemanusiaan pula mengatakan bahawa ia bukan begitu.