Sains politik merujuk kepada pengajian mengenai politik secara saintifik. Ia adalah salah satu cabang dalam sains sosial yang membincangkan dengan panjang lebarnya mengenai sistem pemerintahan dan kuasa, analisis kegiatan ekonomi, pemikiran politik, tabiat politik dan perlembagaan yang berkaitan serta undang-undang.
- Kursus Sains Politik
- Sejarah
- Pandangan Keseluruhan
- Kaedah Penyelidikan
Sains politik moden umumnya dibahagikan pula kepada tiga cabang disiplin lagi iaitu:
- Politik Perbandingan
- Hubungan Antarabangsa
- Teori Politik
Sebagai salah satu cabang dalam sains sosial, sains politik kontemporari mula terbentuk pada separuh hujung abad ke-19 dan mula terpisah dari falsafah politik serta sejarah. Menjelang lewat abad ke-19 masihi, sains politik masih lagi dianggap sebagai bidang yang berbeza daripada bidang sejarah. Istilah "Sains Politik" tidak selalunya dibezakan dengan falsafah politik. Disiplin moden mempunyai sejumlah antisiden yang jelas termasuklah falsafah moral, ekonomi politik, teologi politik, sejarah dan bidang lain yang berkaitan dengan terbitan perkara harus yang normatif dan merumuskan sifat serta fungsi negara yang ideal.
Rujukan atas talian berkenaan dengan topik besar di atas didasarkan pada laman LibreTexts: Social Science iaitu laman rujukan untuk asas sains politik bagi mereka yang belum menerima pendedahan berhubung dengannya.