Secara umumnya, hak asasi manusia merujuk kepada prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang domestik sesuatu negara.
Hak asasi manusia ini bolehlah difahami sebagai:
- Hak yang tidak dapat dipisahkan di mana seorang manusia itu secara semulajadinya berhak terhadapnya kerana dia dilahirkan sebagai seorang manusia. Hak asasi manusia ini secara semulajadinya menjadi hak bagi setiap manusia tanpa mengira bangsa, lokasi, bahasa, agama, bangsa, suku kaum dan status-status lain;
- Hak yang terpakai di merata-rata tempat pada setiap masa dalam erti kata bahawa ia adalah hak yang sejagat. Hak asasi manusia bersifat saksama iaitu ia sama bagi setiap manusia.
- Seseorang itu dianggap sebagai memerlukan empati namun kedaulatan undang-undang memastikan bahawa seseorang itu juga mematuhi kewajipan menghormati hak asasi manusia yang lain; serta
- Hak yang tidak boleh dirampas dari seseorang pun kecuali apabila melibatkan beberapa proses berdasarkan kepada keadaan tertentu. Contohnya, hak asasi manusia yang tergugat adalah seperti seseorang itu dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan, diseksa dan juga dihukum secara tidak adil.
Doktrin hak asasi manusia sangat mempengaruhi undang-undang antarabangsa dan institusi global serta serantau. Tindakan yang diambil oleh negara dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) membentuk asas kepada dasar awam di seluruh dunia. Idea hak asasi manusia ini mencadangkan bahawa, "Sekiranya perbincangan umum berkenaan masyarakat global di saat aman boleh dikatakan sebagai mengandungi bahasa moral yang sama, maka ia dikira sebagai hak asasi manusia." Dakwaan kuat yang terhasil daripada doktrin hak asasi manusia ini terus mencabar skepticisme yang munasabah dan menimbulkan perdebatan tentang isi kandungan, ciri serta justifikasi hak asasi manusia hingga ke hari ini.
Makna yang tepat bagi istilah hak asasi manusia ini adalah bersifat kontroversi. Ia tertakluk kepada debat falsafah yang tidak berpenghujung. Walaupun terdapat persetujuan umum bahawa hak asasi manusia ini merangkumi hak yang pelbagai serta meluas seperti hak kepada perbicaraan yang adil, hak kepada perlindungan daripada perhambaan, hak terhadap larangan melakukan pembunuhan besar-besaran, hak kebebasan bersuara dan hak kepada pendidikan termasuklah hak kepada pendidikan seks yang komprehensif namun wujud juga percanggahan pendapat tentang hak yang mana satu daripada hak-hak ini yang sepatutnya disenaraikan dalam kerangka kerja umum hak asasi manusia. Sesetengah pemikir mencadangkan bahawa hak asasi manusia mestilah menjadi keperluan yang minimum bagi mengelakkan kes pelanggaran hak asasi manusia yang serius manakala pemikir lain pula melihat hal ini sebagai satu standard yang lebih tinggi daripada itu. Baca rujukan lanjut untuk "Pengenalan Hak Asasi Manusia" untuk pemahaman tambahan.
Akhir sekali, aku berpeluang menyertai sesi "Latihan mengenai Hak Asasi Manusia" yang dianjurkan di Pusat Malaysia untuk Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia (MCCHR) pada 2 hingga 5 November 2015. Sesi latihan ini memberikan gambaran mengenai hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam dalam "Perlembagaan Persekutuan Malaysia" kepada para peserta. Sumber gambar di atas dipetik dari Budapest Journal dan kredit gambar ini haruslah ditujukan kepada sumber asal gambar ini.
