Berdasarkan kepada "National Human Rights Institutions Forum - An international forum for researchers and practitioners in the field of national human rights", Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) telah ditubuhkan di lebih daripada 110 buah negara untuk mempromosi, melindungi dan memantau hak asasi manusia dalam bidang kuasa negara masing-masing.
Walaupun tidak semua NHRI mematuhi Prinsip Paris, namun bilangan dan pengaruh institusi-institusi ini semakin meningkat. Prinsip Paris digariskan semasa Bengkel Antarabangsa Pertama mengenai Institusi Kebangsaan bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia di Paris pada 7 hingga 9 Oktober 1991 serta diterima pakai melalui Resolusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1992/54 pada tahun 1992 dan Resolusi Perhimpunan Agung 48/134 pada tahun 1993. Prinsip ini menyenaraikan beberapa tanggungjawab bagi sesuatu NHRI.
Asia
Afrika
Eropah
Amerika