Dasar Pensyarikatan Malaysia

Dasar pensyarikatan Malaysia yang diperkenal pada tahun 1983 adalah berpaksikan kepada pendekatan di mana sektor awam tidak lagi terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi negara. Sebaliknya, sektor swasta digalakkan menjadi penggerak ekonomi negara.

Objektif Tajuk

  • menjelaskan dasar pensyarikatan
  • menjelaskan rasional dasar pensyarikatan
  • menyatakan objektif dasar pensyarikatan
  • menjelaskan strategi dan program pelaksanaan
  • menerangkan pencapaian dasar pensyarikatan

Latarbelakang Dasar Pensyarikatan

  • Konsep dasar pensyarikatan Malaysia ini diperkenal oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 25 Februari 1983.
  • Kejayaan sektor swasta melalui peningkatan keuntungannya akan menguntungkan negara melalui pungutan cukai oleh kerajaan.
  • Surat Pekeliling Am bil. 2 Tahun 1984 mengenai penubuhan Panel Perunding untuk memperbaiki perkhidmatan kementerian, jabatan dan pejabat kerajaan kepada sektor swasta.
  • PKPA bil. 9 Tahun 1991 - Panduan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang kandungannya menerangkan mengenai kaedah selain daripada panel perunding.

Rasional Dasar Pensyarikatan

Kita ingin supaya pegawai kerajaan menganggap bahawa sektor swasta merupakan punca kehidupan mereka. Kejayaan swasta adalah kejayaan mereka sendiri kerana sudah tentu kita maklum bahawa apabila swasta mendapat kejayaan, maka kerajaan juga dapat menumpang kejayaan tersebut. - Ucapan Mahathir Mohamad, 25 Februari 1983, Majlis Pelancaran Forum INTAN

Definisi Konsep Pensyarikatan Malaysia