Aku
sebenarnya tidak mengenali institusi ini sehinggalah aku menerima iklan
mengenai jawatan kosong di institusi ini pada tahun 2014. Ketika itu
aku berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai pekerjaan kerana
masalah keluarga. Aku menerima panggilan temuduga. Ketika temuduga itu
aku nampak ramai sekali wanita yang datang dengan sijil yang hebat-hebat
dari luar negara. Sedangkan aku hanya datang dengan sijil dari Pulau
Pinang.
Pada
Mei 2015 aku menerima panggilan dari Bahagian Sumber Manusia di
Suruhanjaya yang menjemput aku untuk mengisi jawatan kosong di Bahagian
Koordinasi Antarabangsa. Semasa aku ditemuduga aku sebenarnya tidak
mengetahui kedudukan bahagian ini sehinggalah aku masuk ke mesyuarat
jabatan yang pertama. Bahagian Koordinasi Antarabangsa diletakkan di
bawah Jabatan Komunikasi yang diterajui oleh seorang Timbalan
Setiausaha.
Rujukan
Rujukan