Baca Lanjut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pandangan Keseluruhan

Umumnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN) ini adalah sebuah badan antarabangsa yang tertubuh pada tahun 1945 iaitu selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Kini, sebanyak 193 negara di dunia menjadi ahli kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Misi dan rangka kerja UN ini dipandu oleh matlamat-matlamat dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam penubuhannya.

Keahlian dalam PBB

Setiap 193 negara ahlinya menjadi ahli pula kepada Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara-negara tersebut dimasukkan ke keahlian dalam PBB ini berdasarkan kepada keputusan dari Majlis Perhimpunan Agung mengikut syor yang diberikan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Organ-Organ Utama

Organ-organ utama dalam PBB ini terdiri daripada berikut:
  • Majlis Perhimpunan Agung
  • Majlis Keselamatan
  • Majlis Ekonomi dan Sosial
  • Majlis Amanah
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa
  • Urusetia Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kesemua organ-organ yang disebutkan di atas diasaskan pada tahun 1945 iaitu tahun PBB diasaskan.

Kepimpinan

Setiausaha Agung PBB menjadi lambang kepada ideal-ideal pertubuhan ini dan beliau akan menjadi jurucakap yang mewakili kepentingan penduduk dunia, terutamanya mereka yang miskin dan lemah. Setiausaha Agung PBB yang terkini Encik António Guterres dari Portugal adalah pemegang kerusi ini yang kesembilan bermula pada 1 Januari 2017. Piagam PBB menjelaskan bahawa Setiausaha Agung ini adalah "ketua pegawai pentadbiran" di pertubuhan ini.

Urusetia

Urusetia PBB adalah salah satu daripada organ yang terdapat dalam PBB. Ia disusun mengikut susunan jabatan dengan setiap jabatan atau pejabat itu mengandungi tanggungjawab dan tindakan masing-masing. Pejabat dan jabatan di dalam PBB akan berkoordinasi dengan satu sama lain bagi memastikan tindakan yang diambil oleh pejabat-pejabat mereka itu adalah selari di PBB sendiri dan di stesen-stesen tugasan mereka yang lain di seluruh dunia. Ketua kepada urusetia ini adalah Setiausaha Agung PBB.

Dana, Program, Agensi Khusus dan Lain-Lain

Sistem PBB yang turut dikenali sebagai 'keluarga PBB' ini terdiri daripada PBB sendiri dan banyak jenis program yang bersekutu, dana dan agensi-agensi khusus. Kesemuanya mempunyai keahlian tersendiri, kepimpinan masing-masing dan dana tersendiri. Program-program dan dana disalurkan menerusi sumbangan sukarela berbanding dengan dana yang dinilai terlebih dahulu. Agensi-agensi khusus ini adalah badan-badan antarabangsa bebas atay independent international organizations yang menerima dana secara sukarela atau secara penilaian dahulu.

Rujukan:
  • United Nations website (online)
  • United Nations career (online)
  • United Nations job seekers (online)