The Geneva peace talks on Syria pada tahun 2017, dikenali juga sebagai Geneva IV talks, adalah satu siri rundingan antara kerajaan Syria dan barisan pembangkang Syria bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Rundingan ini berlangsung antara 23 Februari 2017 dan 3 Mac 2017. Tujuannya adalah untuk cuba menyelesaikan Perang Saudara Syria. Bahagian-bahagian yang sedang berperang itu langsung tidak bertemu muka untuk berunding, sebaliknya mereka cuma berhubung dengan Russia secara berasingan. Rundingan lapan hari itu berlangsung dengan tiada sesiapa pun mengalah.
Persediaan
1 Februari 2017 - Utusan UN Staffan de Mistura menyatakan bahawa jadual untuk persidangan Geneva IV mengenai Syria akan berubah tarikh dari 8 Februari kepada 20 Februari 2017. Beliau mengingatkan barisan pembangkang Syria untuk memilih delegasi sendiri menjelang 8 Februari 2017. Jika tidak, beliau sendiri yang akan memilihnya untuk mereka. Kenyataan ini segera dikutuk oleh wakil-wakil pembangkang Syria, termasuklah Riyad Farid Hijab, ketua Jawatankuasa Rundingan Tinggi.
22 Februari 2017 - Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov memanggil persidangan langsung antara kerajaan dan pihak pembangkang Syria. Hal ini berbeza dengan rundingan tidak langsung yang diadakan di Astana, Kazakhstan dari 23-24 Januari 2017. Beliau turut menjemput Democratic Union Party (PYD) untuk menyertai rundingan tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Turki. Pada 12 Februari 2017, 3 orang pegawai dari Majlis Kebangsaan Kurdish menyertai delegasi Pakatan Negara yang diketuai oleh Naser al-Hariri.
22 Februari 2017 - Sehari sebelum rundingan yang dirancang itu berlangsung, Staffan de Mistura menyatakan bahawa persidangan keamanan itu akan didasarkan kepada Resolusi Majlis Keselamatan UN 2254. Resolusi ini menyeru supaya:
- serangan terhadap orang awam dihentikan;
- pengecualian Barisan al-Nusra dan ISIL;
- pengasasan masyarakat pelbagai etnik yang turut memasukkan semua kelompok agama dan etnik di Syria;
- perlembagaan baru diasaskan di Syria; dan
- pelaksanaan pilihanraya dijalankan dengan adil dan bebas dalam tempoh 18 bulan.
1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Utusan UN ke Syria, Staffan de Mistura
- Majlis Keselamatan UN
- Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria
3. Jawatankuasa Rundingan Tinggi (21 ahli) - diketuai oleh Naser al-Hariri
- Pakatan Kebangsaan untuk Revolusi Syria dan Tentera Pembangkang
- Tiga orang ahli Majlis Kebangsaan Kurdish
- Kumpulan Kaherah diketuai oleh Jihad Makdissi.
Persidangan bermula secara rasmi pada 23 Februari 2017. Wakil pembangkang Syria tiba lewat kerana percanggahan pendapat yang berlaku antara pelbagai blok pembangkang. Delegasi kerajaan Syria dan pembangkang duduk bertentangan antara satu sama lain tetapi mereka tidak bercakap secara langsung pada hari pertama.
Pada 25 Februari 2017, pengganas Tahrir al-Sham menyerang dengan mengebom dirinya sendiri di ibu pejabat perisikan tentera Syria di Homs. Kejadian ini membunuh berdozen-dozen anggota keselamatan Syria termasuklah ketua keselamatan tentera. Sebagai balasan, Tentera Udara Syria mengebom kawasan perumahan di Waer yang dikuasai oleh pemberontak. Lebih daripada 50 orang awam tercedera. UN menyelar tindakan serangan ini dan menyatakan bahawa hal ini sengaja dilakukan bagi melambatkan rundingan di Geneva.
Penutup Rasmi Geneva IV
Rundingan Geneva IV ditutup secara rasminya pada 3 Mac 2017. Rundingan ini langsung tidak mencapai sebarang kejayaan. Sebaliknya, ia ditutup dengan "agenda yang dipersetujui" dan kedua-dua pihak mendakwa telah mencapai sedikit kejayaan. Tidak seperti percubaan-percubaan yang gagal sebelum ini, tiada delegasi yang mengalah semasa persidangan.
Pusingan rundingan seterusnya berlangsung pada 14 Mac 2017 di Astana. Rundingan Geneva V pula akan bermula pada 20 Mac 2017. Rundingan-rundingan baru yang dirancang ini akan memberi tumpuan kepada proses "peralihan politik" di Syria.
Rujukan: sila klik di sini.
Rujukan: sila klik di sini.